BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Wednesday, December 28, 2011

Kuatkanlah hati ini, Ya Allah.

Ya Allah,
Engkau lebih mengetahui,
hari semalam aku menangis kerana kesedihan,
aku kuatkan semangat mendepani kesulitan,
namun air mata ku gagal tertahan,

aku lemah mendepani ujian,
sedangkan Kau uji aku dengan sekecil ujian,
jika di bandingkan dengan orang-orang yang lain.

maafkan aku,Ya Allah.
kuatkan aku menjalani kehidupan ini,
sememangnya cintaku padaMu mengisi segenap ruang hati,
namun adakala hatiku terikut perasaan yang mengapi,
aku terlayan emosi sendiri.

ya Allah,
aku sedar perjuangan ini tidak mudah,
aku perlu kuat hati dan tabah,
kan ku kebalkan tapak kakiku di setiap langkah,
agar onak duri yang mencucuk tidak akan buat aku rebah,
kan ku sirami hatiku dengan hujan taqwa,
agar hati ini ialah hati yang subur dengan redha,
walau sekencang apa pun dugaan melanda,
tiada resah kan ada.
kan ku damaikan jiwa,
dengan doa-doa yang tidak pernah ku lupa,
kerana doa itu senjata,
membentengkan ku dari sebarang lara.

ya Allah,
aku tidak cukup kuat,
anugerahkan aku ketabahan dan keyakinan,
bahawa perjalanan yang berliku ini,
akan berakhir dengan indah.

setiap pengorbanan yang terlaksana,
Allah tidak akan persia,
biarlah manusia berkata apa,
hanya Dia yang mengetahui segala,

cukup bagiku Allah,
tak ku harap simpati pada manusia,
kerana kita adalah insan yang tidak berdaya,
apa yang melebihi jangkauan akal kita,
sudah tidak mampu kita teroka.

sedang Dia memiliki kekuasaan yang maha hebat maha perkasa,
ku berserah padaNya,
hidup matiku hanya untukNya.


"........segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami "(Fathir: 34)

No comments:

Post a Comment

terima kasih,,^_^



sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..