BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Saturday, November 20, 2010

dunia

Laut dalamnya telah menenggelamkan ramai manusia,

Arusnya yang deras memungkinkan manusia terdampar di lembah hina.

Kesucian hati insani diceroboh iramanya,

Hatinya tertawan cinta nan dusta,

Jiwanya menghambat syurga sementara,

Wahai manusia,

Abadikan dirimu kepada Pencipta,

Bukan kepada dunia yang akan binasa,

Kebahagiaan yang dicari ada disana,

Di syurga yang dicipta untuk mereka yang mencintaNya,

Kehidupan ini hanya sementara,

Bukan hidup kita selamanya,

Dunia yang kita puja ini akan binasa,

Diri ini juga,

Kelak apabila sampai detik ketika,

Jasad akan terpisah dari nyawa,

Tak siapa bisa melarikan diri,

Tak siapa boleh bersembunyi

Kematian pasti mencari.

antara kelebihan ayat-ayat suci al quran

alhamdulillah....smga kita dapat meningkatkan amalan membaca ayat-ayat suci al-quran...

1-Surah Al-Fatihah mencegah dari kemurkaan Allah SWT.

2- Surah Yasin mencegah dari kehausan pada hari Kiamat.

3-Surah Ad-Dukhan mencegah daripada huru-hara hari Kiamat.

4-Surah Al Waqiah mencegah daripada kefakiran.

5-Surah Al-Mulk mencegah daripada Azab Kubur.

6-Surah Al-Kauthar mencegah daripada perbalahan atau permusuhan.

7-Surah Al-Kafirun mencegah daripada menjadi kafir semasa meninggal dunia.

8-Surah Al-Ikhlas mencegah daripada bersifat munafiq.

9-Surah Al-Falaq mencegah daripada perasaan hasad.

10-Surah An-Nas mencegah daripada terkena penyakit was-was

malam pasangannya siang, gelap pasangannya terang, kasar pasangannya sopan, gelisah pasangannya tenang, begitu juga dengan kehidupan yang pasangannya ialah kematian. tiada siapa boleh baca atau teka bila ajal mereka kan tiba. namun, itu bukannya modal untuk kita terus terleka. jgn pernah kita lupa bhwa waktu x pernah berhenti berputar. musim berganti musim, hari bertukar hari dan yang pastinya kita semakin menghampiri detik itu.

aku juga sering tertanya-tanya, bila masaku pula, bagaimana pula cara aku pergi, bagaimana peritnya, dimandikan, dipakaikan kain putih terbalut dari hujung kaki ke hujung kepala, diusung dengan keranda, ditimbus dengan tanah merah, ditinggal sanak saudara dan keluarga, sungguh...aku tak dapat bayangkan....namun, begitulah yang sering difikiran tatkala perkhabaran kematian tentang sesiapa yang aku dengar.. hakikatnya, itu bukan persoalan yang perlu difikirkan, tapi yang perlu ialah apakah bekalan yang perlu kita siapkan cukup?? apakah amalan yang perlukan dikerjakan telah sempurna? apakah jasa kepada sesama manusia telah kita lakukan? apakah kesalahan kepada semua telah dimaafkan?

~talqin~ peringatan untuk kita yang masih diberikan kesempatan oleh Allah menambahkan amalan, membaiki kesilapan selagi buku amalan belum ditutup.........

Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha Suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam

Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa

Maha Suci Tuhan yang menjadikan mat

Dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa

Maha Suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran

Untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai

Dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa

Melainkan zat Allah Taala, Dialah Tuhan yang Maha Besar berkuasa menghukum

Manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadhrat Allah Taala

Wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA, wahai SAYA Bin IBU SAYA

Hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah

Yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah

Dengan sebenar-benarnya melainkan Allah

Dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah

Ingatlah wahai SAYA Bin IBU SAYA,

Apabila datang kepada kamu dua malaikat yang serupa dengan kamu

Iaitu Mungkar dan Nangkir, maka janganlah berasa gentar dan takut

Janganlah kamu berdukacita dan risau

Serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut

Ketahuilah wahai SAYA Bin IBU SAYA

Bahawasanya Mungkar dan Nangkir itu hamba Allah Taala,

Sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala

Apabila mereka menyuruh kamu duduk,

Mereka juga akan menyoal kamu

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka

Dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak

Dan janganlah bergopoh-gapah

Biarlah tenang dan berhati-hati, hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu kiblatku,

Malahan solah lima waktu,

Puasa di bulan Ramadhan,

Mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku,

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

Bahkan dari masa hidup hingga aku mati

Aku mengucap: “La ila ha illallah Muhammaddur rasulullah”.

Wahai SAYA Bin IBU SAYA tetapkanlah hatimu

Inilah dia suatu dugaan yang paling besar

Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh

Sehingga sampai satu masa kelak,

Kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar

Insaflah wahai SAYA Bin IBU SAYA,

Bahawasanya mati ini adalah benar

Soalan malaikat Mungkar dan Nangkir di dalam kubur ini adalah benar

Bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar

Berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar

Dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar

Minum di kolam air nabi adalah benar

Ada syurga dan neraka adalah benar

Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya

Begitu juga Tuhan yang Maha Berkuasa

Akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah

Dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu

Tuhan jua yang menetapkan hati kamu

Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala

Menjinakkan hati kamu yang liar

Dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu

Yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini

Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan

Dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak

diseksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalhamdulillahi rabbil alamin.

Setiap yang bernafas, pasti akan mati – “Kullu nafsin za iqatul maut”

Firman Allah swt, “Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian,

kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati

kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran.” Surah Al-A’sr

Saturday, October 16, 2010

biar terbuang trs berjuang


teman,
tiada cinta yg lbh bererti dari cnta Illahi..
cintaNya kpd kita terlalu bsr,
memberikan kita apa yg kita perlu,
sntiasa mengabulkan doa2 kita,
mbrikan kita nafas tnpa perlu mbyar wlau sesen pun,
tp kita,
msh mcari cari cnta yg fana,
hnggakan segenap pelusuk hati tewas dlm gngaman cnta yg x psti,
teman,
aku syg padamu,
jom kita bgkit,
mcari redha Illahi,
bila cinta Illahi dirasai,
dgn sndri cnta insani yg tulus suci akn mghampiri,
teman,
cintakanlah Illahi, krana ini cnta yg hakiki,
cintai rasullah yg mcintai umatnya tnpa berbelah bagi,
cintailah ibu ayahmu yg cintakan mu snggp berkorban tnpa meminta ganti.
cintai saudaramu yg sntiasa disisi..
bila smpai wktunya, akn dtg pdamu cinta pasangan yg diredhai...
teman,
jgn bersedih andai dilukai krana cinta insani,
aslkan cinta agung Illahi kita dapati..

~teman,~

~jgn sedih andai xdpt memiliki dia,~
~krana kamu masih punyai mereka..~
~yg sntiasa menemani disisi dlm suka dan duka~

KU SERAH CINTA


Ku serah sgala kntuan,

biarlah ms berbicara,
dpgku wjh yg layu,
dan aku tlh jemu,
aku x mh bpaling,
pd yg mngngu dan mggugat,
sapanya meletihkan diri,
hdirnya mngundg penat,
akn ku serah cnta ini,
bkn lagi pda manusia,
krana cnta mrtabat itu,
bsalut segunung kplsuan.
aku smkin tdk pduli,
wlau apa pun yg akn terjdi,
krna grak dan tndknku,
mhu bbs dri masalah,
ku serhkan cnta ini, hnya pdmu oh Tuhan,
aku adlh aku yg skarg,
biat terbuang trs berjuang,
akn ku serh jiwa ini,
sepenuh hati dgn keihklsan,
aku adlh aku yg skrg,'
ku serh cnta ini,
hnya pdamu oh Tuhan

ku lewati semua tntg hidup ini...

suara hati


Kawan2, hidup kita ibrt roda, skejap kita di ats skejap kita dibawah..skejap bahagia, skejap duka... kadg2 sihat, kdg2 sakit...bgitulah lumrhnya, kita x smpurna..

Hnya yg mrsai boleh mjawbnya, btapa sakitnya sstu yg dirasai, org lain hnya mmpu memandang..sama ada simpati atau ktawa...samada trt bduka, atau x mpunyai rsa.. kita memerlukan teman untuk skngan, mdokong kita saat kita rs kecndang. Namun, ramai manakah yg mmpu berada disisi shbtnya tika shbt itu bnr2 memerlukan. Dan jika ramai sekalipun, brapa pratus kah yg bley dipercayai ketulusannya??

Mmpukah kita yakin bhwa dia insan yg bley dipercayai..atau yg mbuka rhsia kita yg kita sndri smpn kemas2 dlm simpulan hati?? Jika tman yg dmiliki adlh tman sjati yg memahami, yg mengerti ..bersyukurlah..hargailah dirinya.. hadirnya satu anugerah yg x mgkn kan terbayar dengan emas skalipun..namun, jika teman yg dipercaya sbnrnya pengkhianat, apa yg bley dilakukan...smga dijauhkan lah dri mereka, yer kawan2...

Kawan, mslh yg terbuku didada kdg2 perlu dikgsi, perlu dicerita... agar bebanannya sdh terbias keluar. Cntuman idea dan pertolongan kwn memgkinkan kita mpunyai jalan untk mgatasinya. Menagislah, jgn malu untk menangis...bkn tndanya lmh org yg mengis itu, tetapi ia menandakan kita msia biasa, yg pnh kekrangan, yg memiliki prsaan...menangislah, krana ia akan meringan sesak didada...

Kawan, berserahlah kpada Allah yg memiliki jiwa ini... serhkan padaNya untuk diubati.. berdoalah pada Allah agr ketenangn dirasai...inshaAllah...Allah xkn mensiakan doa hambanya.. lambat atau cpt, inshaAllah, Allah akan mberikan yg terbaik untk kita....

puisi ni aku reka serba serbi kekrangan, skdr ttpan di ms memerlukan...

~ SEBUAH PERJALANAN ~


Ketika aku melihat matahari itu,

Cahayanya,

Sinarannya,

Amat indah mempesona,

Tanpa disedari kita,

Malam akhirnya tiba,

Sungguhpun gelap menjamu mata,

Namun bintang ada setia,

Menambat hati memukau jiwa,

Hadirku disuatu senja,

Yang menyaksikan awan berarak mega,

Hatiku sayu tak rela,

Kerana ku tahu tak perlu menduga,

Cahaya itu akan pergi juga,

Sejenak ku terkesima,

Berkelip- kelip apakah ia,

Jauh dari mata,

Tapi jelasnya nyata,

Seolah merenungku manja,

Memberi sinaran siapa dapat meneka,

Dapat ku gagahi langkahku jua,

Mendaki titi-titi hidup yang sementara,

Semoga selamat ke seberang sana.



terima kasih,,^_^

sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..