apabila bersuara,
jangan kerasnya meruntunkan jiwa,
kerana,
hati manusia biasa,
sangat lembut dan mudah terasa.
mungkin kita tidak mampu menjaga semua hati,
tatkala berbicara sering bergurau melampaui,
niat di hati lain jadi,
kemesraan yang diharapkan menjadi bekas,
bertukar menjadi api yang membakar ikhlas.
mungkin kerana berkata itu ringan,
menjadikan mudah bagi insan,
menuturkan pengucapan.
namun,
ucapan yang tidak berasaskan pemikiran,
menjadi berat bebanan bagi pendengar yang malang,
air mata tumpah lantaran ditoreh perasaan,
oleh bicara yang setajam pedang.
saudaraku,
jagalah bicara,
jangan sampai mendera,
hati-hati yang mendengarnya.
No comments:
Post a Comment