BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Saturday, December 3, 2011


saat hati disentuh cinta,
terasa di dada berombak bahagia,
senyuman tercipta setiap ketika,
menunggu saat dipersatukan dalam lafaz yang mulia,
lafaz sakinah menjadi impian sebagai mahar untuk bersama.

namun,
cinta yang datang bukan syarat untuk bersama,
adakala hadirnya sebagai ujian cuma,
hati mana tiada resah tiada kecewa,
apabila cinta pergi dengan terpaksa,
hati mana tiada duka,
bila impian terbina tiada kekalnya,

subhanallah, aku mencintainya..
dalam sujudku aku berdoa,
andai dia selayaknya bukan untukku,
mohon dia bahagia bersama insan yang lebih bermakna,
sesungguhnya,
bukan hakku untuk merampas pemilik jodohnya,
ku rela dia pergi bersama air mata,
bukan kerana tidak reda,
namun hati kecil ini tidak mampu berdusta..

wahai jiwa kepunyaanNya, jangan biar gundah mengisi, jangan sampai menepis segala iman yang mewarnai hati, sesungguhnya Allah itu maha melindungi, dilarikan hatimu dari terus mencintai, kerana hikmahnya yang tersembunyi...
mungkin cinta itu sekadar sebuah rasa di perhentian dunia, dipermainkan hati untuk seketika, andai terus terleka, hanyutmu tiada tepiannya..
Allah itu ada, hati2 yang mencintaiNya akan diberikan sedikit ujian sebagai tanda cintaNYa, menguji sejauh mana keikhlasan hati kita, adakah kita mencintaiNya terlafaz sekadar dibibir sahja? atau dibuktikan melalui pengorbanan yang didamba...
ku yakini, cintaku bernilai tinggi...kerana aku berserah pada keputusan ini hanya kerana Dia yang lebih utama~
ya Allah, hati ini ikhlas....aku mencintaiMU....



No comments:

Post a Comment

terima kasih,,^_^



sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..