BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Friday, December 13, 2013

Ku bentangkan harapan yang baru,
seluas-luas jalan yang akan aku lalu,
menutup cermin-cermin kabur semalam,
yang akan membiaskan sisa-sisa kenangan,
sebuah rasa yang kecundang.

tak ingin lagi aku dihantui kenangan silam,
yang akan memamah harapan yang terlalu sukar ku bina,
sisa yang ada inginku lontarkan jauh ke dasar jiwa,
agar tumbuhnya tidak semekar dahulu kala,
agar hadirnya hanya sesaat semata,
aku tidak ingin mengingatinya walaupun sekadar kenangan paling manis,
kerana kenangan manis itu akan lebih malukai hatiku...

Allah lebih tahu,
Apa yang terbaik untukku,
Allah lebih tahu bahawa aku mampu untuk menggendong ujian ini,
Allah tidak pernah mensia-siakan segala takdir yang ditentukan kepada hambanya.
Dia punya sebab dan alasannya,
mungkin kita tidak sedar kerana nafsu terus menerus merasuk jiwa, 
Kita mengharap segalanya berjalan dengan kehendak kita sedangkan...
Kita cetek minda untuk menduga hari muka,
Apakah yang kita harapkan itu yang terbaik??

Jujur wahai insan biasa,
kita tidak pernah tahu!
tapi Allah tahu..
yakinlah bahawa takdirnya adalah terindah..
sabar yang disemai hari demi hari akan menjadi harta yang berharga, 
bekalan menongkah usia...

Allah, 
Alhamdulillah.. aku syukuri segala-galanya....

Friday, June 8, 2012

hari demi hari yang terjadi dalam kehidupan,
seringkali terfikir saat kembali kepada Pencipta diri ini,
saat nadi akan terhenti,
saat nafas akan meninggalkan pergi,
Pulang kembali ke alam yang kekal abadi.

Hakikat kematian pasti akan ditemui,
dalam senda gurau tawa ini,
tanpa disedari,
ada kematian yang mengintai..

sungguh semua insan sedari bahawa detiknya mendekat,
tapi kita sering melekakan waktu yang kian menghambat,
kita cintakan dunia melebihi akhirat,
kita pegang dunia dengan penuh erat..

padahal kita akan meninggalkannya,
tidak dibawa dunia bersama ke alam sana,
kecuali amalan yang telah dibina,
semasa hidup di dunia.

melihat tanah-tanah perkuburan yang terletak di hujung kampung
atau di tengah bandar raya,
hati tertanya bilakah aku akan dijemput seperti mereka,
amalku bagaimana..
cukupkah untuk dibawa ke pengadilanNya?
sakit sakaratulmaut bagaimana?
kentalkah amalanku untuk meredakan kesakitannya?

hari ke hari,
masa semakin menghampiri,
tetapi tetap jua terkadang jiwa leka menghambat duniawi.

Ya Allah,
ujian dan godaan sering merayu,
balutlah hatiku agar tidak mudah koyak dan calar dalam menempuh pancaroba,
kuatkanlah kami, Ya Allah.

Saturday, June 2, 2012

Impian yang telah tertanam sejak lama,
dipupuk dijaga,
adakala hancur secebis dimamah serangga,
adakala hanyut sebentar dihilir air yang membanjir,
Impian itu merekah,
adakala ia punah.

Tapi,kita tetap mencintainya,
langsung tidak mengukir impian lain buat jiwa,
dalam penat lelah mencuba,
kita tidak putus berusaha,
tidak kenal apa itu putus asa,
begitulah cara kita mencintai impian kita.

Tapi,
persiapkan minda,
kita tahu ada Dia yang maha berkuasa,
sehebat mana pun kita merencana,
Kita tidak akan mampu tanpa izinNya,
sayang sehebat apa pun kepada apa-apa,
kita tetap akan kehilangannya,
kerana segala apa yang ada di dunia adalah bersifat fana.

Dia telah menentukan takdir buat kita,
Sedar atau tidak bahawa takdir itu telah tertulis sejak lama,
Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya,
Jika kau kecewa,
bukan bererti segalanya sia-sia,
ada sesuatu disebalik setiap perkara,
dan
Dia maha melindungi hambaNya yang selalu berdoa.

Reda.....berserah...
Bukan mudah.
Tapi, 
itulah tanda kita akur dengan hakikat bahawa...

KITA ADALAH SEBAHAGIAN DARI HAMBANYA YANG SEDANG DIUJI...

Ya Allah,
seberat apa pun yang kami alami,
kami tahu Kau selalu disisi...
mendengar doa dan menyelamatkan kami...
terima kasih, Ya Allah.. 

Sunday, January 1, 2012

2011 yaNg kU tiNggaLkaN,

Tahun 2011 berlalu.
menutup tirai pelbagai kisah yang menghias hidupku,
suka ketawa duka airmata,
menjadi kenangan yang tidak mungkin ku lupa,
menjadi coretan kemas tersurat di lembaran waktu.

biarkan segalanya pergi seiring masa yang tiada lagi,
ku lepaskan ia semakin tenggelam seiring matahari petang,
ku relakan semuanya kian habis bersama harapan-harapan yang tidak kesampaian,

realitinya,
segalanya berlalu,
dan tangan aku yang lemah ini tak mampu mengubah apa pun sesuatu,
biarkan segalanya terjadi merealisasikan takdir yang tertulis sejak dulu,
tiada satu kuasa pun bisa mengubahnya kecuali Dia yang satu.

tahun lalu memberiku sejuta pengalaman,
bekalan untukku menapak di sepanjang perjalanan,
segala kesedihan dan kelukaan kan ku jadikan kekuatan,
semua kegembiraan dan kebahagiaan itu adalah anugerah yang tiada tolak bandingan,
Alhamdulillah, Allah berikan aku merasakan manisnya sebuah kegembiraan.

dengan izinNya Allah yang maha sempurna,
aku masih berdiri di sini,
membuka tirai tahun 2012 masihi,
aku mengerti,
perjalanan ini masih jauh lagi,
cabaran dan dugaan akan silih berganti,
musim ke musim bersama ku di hari-hari.

Aku pohon Ya Allah,
bersama kedewasaan ini ku harapkan aku semakin tabah,
atas segala apa musibah,
Kau berikanlah aku hidayah,
agar tidak ku hadapi ujian dengan mentah,
yang akan membuatkan aku tergelincir dan punah.

kehidupan ini berliku,
dan ku harapkan jalan yang aku lalu,
ialah jalan menuju Mu.
berkati aku, redhai aku.



Thursday, December 29, 2011

hidup dan matiku hanya untukMu..

adakah kesibukan terlalu memenatkanmu sehingga lupa untuk tanggungjawab sebagai hambaNya?
siapa kita sebenarnya?

seharian terganggu mindaku,
memikirkan matlamat kehidupan yang sedang ku lalu,
sampai bila dan dimana perngakhiran yang akan berlaku,
adakah aku sememangnya hidup untuk dibelenggu kesibukan setiap waktu,
terikat dengan peraturan-peraturan disekelilingku,
tangan tidak henti bergerak menaip tugasan yang perlu dihantar dengan waktu yang dipersetuju.

ya Allah,
bilakah waktu ku ada untukMu,
ampuni aku dengan kesibukan yang sering melalaikanku,
dengan kejayaan yang terlalu ku buru,
dengan hadiah di pentas yang menjadi idamanku,
sering mencondongkan langkahku menuju anganku itu.

sedangkan apabila mati aku mengharapkan keredhaanMu,
aku ingin bahagia di alam baru,
sedangkan segalaNya milikMu,
bukan piala itu yang menyelamatkan aku,
bukan sijil-sijil itu yang membebaskan ku dari siksa belenggu.

aku mula bingung,
terlalu aku keliru.

segalanya terjawab dan aku mula memahami,
kehidupan dunia ini juga perlu ku lalui,
sebagai jambatan menuju akhirat yang kekal abadi,
dunia adalah tempat ku kutip segala amalan untuk ditimbang di neraca pengadilan,
niatkan segala perbuatan keranaNya,
makanya segala pekerjaan yang dilakukan menjadi ibadah.

sahabat yang tercantik.

apabila berkawan jadilah yang penyayang,
lemah lembutlah terhadap setiap perbuatan,
kerana temanmu bukan semuanya dapat bertahan,
dengan gurauan-gurauan,
yang agak kasar dan menyakitkan.
jangan menduga dia menerima dengan terbuka,
mungkin di hatinya tersimpan luka,
tapi disebabkan cintanya kepadamu yang membataskan kehendaknya disuara.

jadilah insan yang memahami,
gurauan dilafaz difikiri dengan teliti,
agar hati semua bisa harmoni,
persahabatn berjalan dengan keikhlasan yang mewarnai.

jadilah yang peka,
jika temanmu mula terasa,
jangan terlalu menyalahkannya,
mungkin dia sudah terlalu lama menanggung kecewa,
akibat perbuatan kita.

hulurkan kemaafan dengan senyuman,
tunjukkan bahawa dia teman yang kau sayang,

kita mungkin boleh keseorangan,
tapi bukan untuk setiap waktu,
ada ketika kita kan saling memerlukan,
kita kan mengharapkan teman-teman,
disamping menemani hidup diperjalanan.

hargailah setiap kawan yang kau ada,
kerana seramai-ramai di antara mereka,
kau tidak tahu siapa yang begitu berharga,
kau tidak sedar siapa yang mendoakanmu setiap ketika,

sebenarnya,
teman yang sering menasihatimu,
yang kau abaikan dan rimas dengan apa yang diungkapkan,
perihal aurat, perihal pergaulan, perihal perbualan,
tapi dia sebenarnya yang mencintaimu setulus doa,
dia sebenarnya yang ingin bersamamu selamanya,
ingin berteman sehingga ke syurga.

sahabat,
carilah sehabat yang sentiasa mengingatkanmu dengan amaran-amaran Allah,
yang selalu mengajakmu bermuhasabah,
mungkin dia bukanlah yang terbaik di antara sahabat yang kau punya,
tapi sekurang-kurangnya dia menarikmu untuk sama-sama berusaha menjadi hambaNya yang bertaqwa,

sekejam apa pun dunia,
dia turut sama menongkah arus derita,
menyeka air mata,
bukan menambah bebanan yang tersumbat di dada.

dia akan ada,
sahabat seperti itu sememangnya ada,
jika kau adalah sahabat yang seperti itu juga.

lindungi kami dari azab api neraka, Ya Allah.

suatu ketetapan yang pasti,
setiap kehidupan akan berakhir dengan mati,
kita akan memiliki sebuah rumah peribadi,
setelah itu sampai suatu keadaan yang pasti,
kita akan mendepani,
tempat yang kekal abadi,
pilihan kita cuma ada dua,
syurga yang penuh nikmat bahagia,
atau neraka tempat seburuk-buruknya yang penuh seksa.

tiada insan yang ingin ke neraka,
sejahat-jahat siapa pun dia,
pilihannya tentu syurga,
mana ada insan berakal memilih tempat yang penuh ngeri dan bencana.

NERAKA?
semua tahu apakah ia.
tempat yang didiam oleh manusia-manusia yang derhaka,
sewaktu hidup didunia mendustakan Tuhan yang Esa,
semua akan mengigil ketakutan membayangkan kehidupan didalamnya.

tapi apakah sebenarnya tempat itu?

pada hari kiamat yang pasti berlaku dengan nyata,
akan keluarlah leher neraka,
ia mempunya dua mata yang bisa melihat,
pandangan matanya jelas,
bisa saja dia melihat dari kejauhan,
manusia-manusia yang menghampirinya.
dan mempunyai dua telinga yang boleh mendengar,
memiliki lidah yang boleh berkata-kata.
yang akan mengelegak dengan penuh kemarahan,
manusia-manusia itu akan dicampak ke dalamnya dalam keadaan terbelenggu.

lidah yang bercakap itu berkata :
"sesungguhnya aku diwakilkan dengan tiga golongan manusia, tiga golongan itu ialah :
1) setiap orang yang takbur dan angkuh, seperti Firaun, Namrud, Umaiyah bin Khalaf, dan orang yang mengikuti jejak mereka.
2) Orang yang menyekutukan Allah dengan selainNya.
3) Tukang gambar iaitu orang yang menggambar dan melukis manusia dan haiwan dengan pena-pena mereka.

leher neraka ini akan mencabut hati manusia-manusia terutama tiga golongan yang diwakilkan dengannya oleh Allah.

wallahualam.

terima kasih,,^_^

sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..