BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Sunday, December 11, 2011

tatkala cinta hanya sekadar ujian.

kerana kehilangan yang berlaku tadi,
aku belajar menjadi kuat meniti hari,
keseorangan menyulam mimpi,
yang tidak akan pernah jadi,
dan,
ku mula sedari,
bahawa aku tidak pernah memiliki apa-apa,
tanpa pemberianNya.

kerana kepedihan tadi,
aku sendirian merawat hati,
ku sangka ku bisa menutup semua pedih,
namun,
ku sedari,
tanpa Dia yang memberikan semangat,
mungkin ku akan larut dalam luka ini.

kerana cinta itu lumrah insan,
sentiasa menjenguk hatiku,
walau ingin aku lawan dengan taufan,
agar perginya tidak kan kunjung datang,
namun,
ku sedari,
bahawa hati ini milik Tuhan,
Dia yang berhak membolak balikkan hati,
lalu,
ku biarkan hatiku mengusung cinta,

jika takdirnya bukan kami ketentuanNya untuk bersama,
aku pasrah dengan cubaanNya,
dan,
ku menunggu perasaan ini beransur pergi.
dengan izinMu,
ku yakiniMu, Allah yang Esa.

tenteramkan hati ku agar tidak lara,
mencintai apa yang tidak ku punya.
bebaskan hati ini dari mengenggam sesuatu
yang bukan hak ku untuk miliki.

mengharungi berat bebanan ini,
aku mengharap petunjukNya,
agar tiada kaki salah memijak,
hati tidak salah mengagak,
rindu tidak salah diletak,
cinta tidak salah tempat.

hanyaMu...yang bisa mendamaikan hatiku.



1 comment:

  1. Assalamualaikum .terima kasih ya . Semua kata2 dalam blog awk , banyak memberi semangat dan dorongan . Semoga awk dilindungi Allah S.W.T selalu . Insha Allah . Sekali lagi terima kasih ya .

    ReplyDelete

terima kasih,,^_^



sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..