BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Tuesday, December 27, 2011

la tahzan dengan kegagalan.. ^___^

Gagal?

^_____________^

kenapa saya senyum?
sebab saya tak takut dengan kegagalan ...
APABILA saya dah berusaha,
APABILA saya dah berdoa,
APABILA saya dah bertawakal kepadaNya.

kerana,
saya percaya Allah mendengar doa-doa saya,
saya akui dengan nyata Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

mungkin kegagalan sangat menyakitkan,
terutamanya apabila kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk mencapainya,
dan tanpa terduga,
keputusannya tidak seperti yang dijangka.

mengapa sedih dan berdukacita?
sebenarnya kau bukan gagal untuk segalanya.
kemenanganmu sedang tertunda.
jangan lekas putus asa dengan kegagalan yang kau rasa,

bukan kegagalan itu yang akan meruntuhkanmu sepanjang perjalanan,
ia hanya suatu cubaan,
dalam sebuah pengharapan,
akan ada suatu ujian,
sejauh mana kita mampu mensyukuri nikmat Tuhan.

menyesal ke berdoa, berusaha dan bertawakal kepadaNYa?
jangan pernah ungkapkan sedemikian rupa,
kerana,
boleh jadi kegagalan ini yang akan menjadi motivasi untuk kau ke medan jaya.
Dia maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa.
yakinlah ada kejayaan yang lebih besar menantimu dihari depan,
kegagalan hari ini hanya sebagai modal untuk meminjam masamu supaya kau lebih rela berusaha dengan penuh kegigihan,

tidak usah peduli dengan suara-suara sumbang yang mengata di belakang,
kita tidak melakukan apa-apa kesalahan,
biarlah mereka dengan ejekan dan hinaan,
kerana Allah menilaimu lebih tinggi apabila kau bentengkan diri dengan kesabaran.
apabila mereka mengejekmu dengan cercaan,
mereka sebenarnya merendahkan nikmat yang telah Allah berikan.
mereka lupa siapa sebenarnya yang mengatur kehidupan, kejayaan dan kegagalan.
mereka tidak sedar nikmat yang sedang mereka punya bila-bila masa boleh kembali kepadaNya semula jika Dia mengkehendakiNya,

mereka yang merendahkanmu ,
sebenarnya sedang membakar semangatmu,
tunjukkan kepada mereka bahawa kau sebenarnya mampu,
inilah titik untuk memulakan kembali perjuangan yang kian layu,
berterima kasihlah kepada yang orang mengatamu,
dia sebenarnya sedang menunjuk jalan buatmu,


~terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu, dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur (al-a'raf:144)

segala yang kau miliki,
adalah milikNYa,
jangan risau kerana Allah maha kaya,
ada kejayaan buatmu di hari muka.
teruskan berusaha jangan pernah berputus asa.



2 comments:

  1. la tahzan ya ukhti..yakin Allah bersama kita.. =) ingat DUIT dalam kehidupan = DOA,USAHA,ISTIQAMAH. TAWAKAL.. sudah pasti bahagia dan tenang.. tnpa ragu2~~

    ReplyDelete

terima kasih,,^_^



sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..