BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Sunday, December 4, 2011

bagiku, makna seorang sahabat itu ialah.............


kata orang kawan itu datang dan pergi,
apabila yang ada meninggalkan kita,
yang lain kan hadir dan memberikan kita gembira..

namun bagiku,
kawan itu tidak kan boleh ditukar gantinya,
kerana mereka semua berbeza,
bukan mudah memadam kenangan yang telah tercipta,
jalan kehidupan yang dilalui bersama,
menguntumkan pelbagai keindahan yang tersemat didada.

mana mungkin sahabatmu bisa ditukar ganti,
dengan insan lain yang berbeza budi,
walau masing-masing indah pekerti,
namun ada yang tak ada yang menjadi jurangnya dirasai,
bukan ku nafi,
insan-insan yang mendatangi sesudah yang pertama pergi,
mereka juga istimewa di hati,
kerana mereka jua sahabat yang sejati,
namun,
cerita-ceritanya tersendiri,
yang pasti tidak ku lupai,
sahabat-sahabat yang pernah ku miliki...
kenangan itu tetapkan bersemi menjadi sejarah paling ku cintai..

salam sayang,
untuk semua insan yang pernah setia bergelar teman,
kau tetap abadi tanpa pengganti.........

No comments:

Post a Comment

terima kasih,,^_^



sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..