pernah hati ini tersentuh dan merasa puas,
melihat mereka yang gagah membentuk bibir menjadi senyuman,
yang membahagiakan hati insan yang memandang,
sedang diri sendiri punya jutaan permasalahan,
yang tergalas berat di belakang,
pernah hati ini terkesima,
melihat insan yang penuh reda,
menjalani kehidupan dengan pelbagai cerca manusia,
yang memandang mereka hina,
hanya kerana kekurangan yang ada,
sedang mereka jua makhluk ciptaanNya.
aku kagum melihat insan yang kuat usaha,
mengorbankan jiwa dan sepenuh tenaga,
siang malam dalam pengabdian terhadapNya,
mencari sekuntum bahagia,
yang menanti di akhirat sana,
mereka tidak kisah tidak merasa segalanya di dunia,
kerana mereka yakini bahawa,
mereka tetap ada peluang untuk mendapat syurga dalam redhaNya.
hati ini tenang,
melihat wajah-wajah indah,
insan yang memiliki bibir yang tidak lekang menyebut Allah,
hatinya tiada rasa gundah,
jiwanya penuh pasrah,
matanya bersinar tiada duka yang menghias,
kelembutan tutur kata melunakkan jiwa yang keras,
ya Allah,
semoga aku bisa,
menjadi seperti mereka,
insan-insan kesayanganMu..
yang dihatinya penuh cinta,
terhadap Allah yang Esa...
Rasulullah s.a.w bersabda ~
" Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin, semua urusannya mengandungi kebaikan baginya. Hal ini, tidak berlaku bagi seorang pun kecuali orang mukmin. Jika mendapat kegembiraan ia bersyukur, maka ini baik baginya, dan jika ditimpa musibah, ia bersabar, maka ini pun baik baginya"
No comments:
Post a Comment