BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Tuesday, December 6, 2011

aku seorang perempuan

bila perempuan itu menangis,
bukan kerananya lemah,
tapi,
kerana dia sudah habis kuat,
bertahan dalam lelah.

bila perempuan itu menangis,
di hadapan insan yang disayangi,
bukan ingin menunjukkan dia manja,
namun,
dia percaya,
insan itu mampu meredakannya.

bila perempuan itu menangis,
bukan dia ingin meraih simpati,
dia hanya ingin,
menunjukkan bahawa dia juga mempunyai hati,
jangan mudah untuk menyakiti.

bila perempuan itu menangis sedih,
ketahuilah bahawa hatinya sedang terguris,
dia ingin orang memahami,
sejauh mana rasanya kini,
supaya tiada yang akan mengulangi.

jangan menghina air matanya,
kau akan melihat air matanya apabila dia terlalu cinta,
air matanya jua akan turun tatkala dia bahagia,
dia tidak kuat menahan derita dan air mata adalah penawarnya,
sedihnya jua dirawat oleh air matanya.

wanita,
kau istimewa,
lemah lembutmu adalah kekuatan,
yang membahu semangat insan lain dari belakang,
tutur kata yang lembut tetapi penuh semangat menjadi obor penerang gelap.

aku bangga menjadi seorang wanita,
terima kasih, Allah.

No comments:

Post a Comment

terima kasih,,^_^



sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..