BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Thursday, December 29, 2011

sahabat yang tercantik.

apabila berkawan jadilah yang penyayang,
lemah lembutlah terhadap setiap perbuatan,
kerana temanmu bukan semuanya dapat bertahan,
dengan gurauan-gurauan,
yang agak kasar dan menyakitkan.
jangan menduga dia menerima dengan terbuka,
mungkin di hatinya tersimpan luka,
tapi disebabkan cintanya kepadamu yang membataskan kehendaknya disuara.

jadilah insan yang memahami,
gurauan dilafaz difikiri dengan teliti,
agar hati semua bisa harmoni,
persahabatn berjalan dengan keikhlasan yang mewarnai.

jadilah yang peka,
jika temanmu mula terasa,
jangan terlalu menyalahkannya,
mungkin dia sudah terlalu lama menanggung kecewa,
akibat perbuatan kita.

hulurkan kemaafan dengan senyuman,
tunjukkan bahawa dia teman yang kau sayang,

kita mungkin boleh keseorangan,
tapi bukan untuk setiap waktu,
ada ketika kita kan saling memerlukan,
kita kan mengharapkan teman-teman,
disamping menemani hidup diperjalanan.

hargailah setiap kawan yang kau ada,
kerana seramai-ramai di antara mereka,
kau tidak tahu siapa yang begitu berharga,
kau tidak sedar siapa yang mendoakanmu setiap ketika,

sebenarnya,
teman yang sering menasihatimu,
yang kau abaikan dan rimas dengan apa yang diungkapkan,
perihal aurat, perihal pergaulan, perihal perbualan,
tapi dia sebenarnya yang mencintaimu setulus doa,
dia sebenarnya yang ingin bersamamu selamanya,
ingin berteman sehingga ke syurga.

sahabat,
carilah sehabat yang sentiasa mengingatkanmu dengan amaran-amaran Allah,
yang selalu mengajakmu bermuhasabah,
mungkin dia bukanlah yang terbaik di antara sahabat yang kau punya,
tapi sekurang-kurangnya dia menarikmu untuk sama-sama berusaha menjadi hambaNya yang bertaqwa,

sekejam apa pun dunia,
dia turut sama menongkah arus derita,
menyeka air mata,
bukan menambah bebanan yang tersumbat di dada.

dia akan ada,
sahabat seperti itu sememangnya ada,
jika kau adalah sahabat yang seperti itu juga.

1 comment:

terima kasih,,^_^

sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..