seusai subuh pada suatu pagi,
baginda memberitahu para sahabat tentang mimpinya di malam itu,
sesungguhnya mimpi para rasul adalah suatu petunjuk,
dan bukannya mimpi yang sia-sia.
Baginda menceritakan apa yang ditayang di depan matanya,
baginda didatangi dua malaikat yang kemuadian membawanya,
pertama sekali baginda ternampak seorang lelaki,
yang sedang terbaring,
dan seorang lagi berdiri di atas jasad lelaki tadi,
sambil memegang seketul batu.
kemudian apa terjadi?
kepala lelaki yang sedang berbaring tersebut di ketuk sekuatnya sehingga pecah dan hancur,
lantaran itu,
baru tersebut terpelanting jauh.
lelaki tersebut mengutip lagi,
dan mengulangi perihal yang sama tiada pernah berhenti.
timbul persoalan di hati Rasulullah tentang peristiwa itu,
lalu di tanyakan kepada temannya,
namun mereka ternyata tidak menjawab dan menyuruh Rasulullah meneruskan perjalanan,
sampailah di suatu penyaksian yang lain,
terlihat oleh baginda seorang lelaki yang sedang terbaring,
dan seorang lain memegang pengait besi,
pengait tersebut diletakkan ke mulutnya dan ditarik dengan kuat,
lalu terbelah sehingga ke tengkuknya,'
hal yang sama di lakukan di hidung dan matanya,
bahagian tubuh itu bercantum kembali,
dan hal yang sama diulang lagi.
kemudian baginda meneruskan perjalanan,
baginda sampai di suatu tempat,
sebuah kuali yang di dalamnya sarat dengan suara pekikan yang mengempitakan,
di dalamnya dihuni oleh lelaki dan perempuan yang bertelanjang,
nyalaan yang ada di bawah kuali memedihkan mereka.
perjalanan berlangsung lagi,
kali ini tibalah baginda di sebatang sungai,
airnya seakan-akan darah,
seorang lelaki sedang berenang-renang di dalamnya,
dan di pinggirannya terdapat seorang lelaki yang mengutip batu-batu,
lelaki berenang kemudiannya mendatangi lelaki di pinggiran,
mulutnya di buka dan di sumbatkan batu-batu memenuhinya.
hal yang sama terus berulang.
kemudian baginda berjumpa pula dengan seorang lelaki,
yang punya wajah yang jelek dan buruk,
lelaki itu menyalakan api di sekelilingnya sendiri.
Ya Allah, sangat menakutkan peristiwa-peristiwa tersebut,
baginda kemudian dihiburkan dengan pemandangan yang mengembirakan,
tatkala baginda sampai di sebuah taman,
yang sungguh indah dipandangan,
pepohonan menghijau sehingga kehijauannya seakan kehitaman,
bunga-bunga memenuhinya seolah dimusim semi,
di taman indah itu terdapat seorang lelaki tinggi,
kepalanya hampir tidak kelihatan kerana ketinggiannya,
dan dia dikelilingi oleh kanak-kanak yang tidak baginda kenali.
Rasullullah meneruskan perjalanan dan akhirnya sampai di sebuah taman yang lainnya,
sangat luas dan mempersona,
kedua temannya meminta Rasulullah naik kepadanya,
dan mereka membawa baginda sehingga sampai sebuah kota,
yang terbina dari emas perak.
mereka diberi keizinan untuk memasuki tempat itu.
mereka menjumpai lelaki-lelaki yang memiliki wajah yang aneh,
separuh cantik dan separuh lagi buruk,
kedua teman Rasulullah memerintahkan mereka untuk turun ke sungai,
setelah itu mereka kembali semula dengan wajah yang indah berseri.
temannya memberitahu Rasulullah,
bahawa mereka sedang berada di syurga 'Adn,
terdapat sebuah istana indah yang terapung di langit,
seakan awan putih,
dan tidak ada istana yang dapat menandinginya,
lalu diberitahu :
"itulah istanamu dalam syurga"
Rasulullah menyifatkan istananya lalu bersabda :
maka aku mengangkat pandanganku, tiba-tiba aku melihat sebuah istana seperti awan putih yang bersendirian. Baginda meminta untuk memasukinya, lalu keduanya berkata kepadanya : adapun sekarang, maka tidak"
keajaiban yang terlihat sebentar tadi melalui peristiwa-peristiwa yang dilihat tersingkap,
kedua temannya membuka rahsia,
1) lelaki yang dipecahkan kepalanya : LELAKI YANG MEMPELAJARI DAN MENGHAFAL AL-QURAN,KEMUDIAN TIDAK MENGAMALKAN APA YANG ADA PADANYA. DAN MELALAIKAN SOLAT FARDU SEHINGGA TERLUPUT WAKTUNYA.
2) lelaki yang dikait mulut sehingga tembus ke tengkuknya : MENYEBARKAN KEDUSTAAN SEHINGGA KEDUSTAANNYA TERSEBAR DI SELURUH UFUK. KEDUSTAAN INI MENYAKITI HAMBA ALLAH YANG SOLEH, MELANGGAR KEHORMATAN MANUSIA, MENCETUS PERMUSUHAN, MENYALAKAN API PEPERANGAN DENGAN SEBAN SATU DUSTA.
3) lelaki dan wanita yang telanjang dalam kuali : MEREKA IALAH PARA PENZINA.
4) lelaki yang berenang dalam sungai lalu disumbat batu : MEREKA PEMAKAN RIBA.
5) lelaki yang sangat buruk wajahnya yang menyalakan api : DIA IALAH MALIK, PENJAGA NERAKA.
6) lelaki tinggi di taman : NABI IBRAHIM A.S
7) kanak-kanak yang mengelilinginya : KANAK-KANAK YANG MATI SEBELUM BALIGH.
8) kaum yang separuh wajah cantik dan separuh lagu buruk : KAUM DAN KALANGAN KAUM MUSLIMIN YANG MENCAMPUR ADUKKAN AMAL SOLEH DAN AMAL BURUK, ALLAH TELAH MEMAAFKAN DAN MEMBERSIHKAN KESALAHAN MEREKA.
sesungguh bicara Rasullulah tidak akan sia-sia, mimpinya bukan mainan tidur semata,
segalanya ialah petunjuk dari yang Esa, supaya di sampaikan kepada kita umatnya,
sebagai peringatan yang nyata.
ambillah iktibar dan pengajaran, kita masih diberi peluang membaiki segala kesilapan, semoga pengakhiran hidup kita adalah bersama orang yang dicintaiNya..
sumber rujukan : kisah-kisah ghaib dalam hadis shahih.