BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Thursday, December 29, 2011

hidup dan matiku hanya untukMu..

adakah kesibukan terlalu memenatkanmu sehingga lupa untuk tanggungjawab sebagai hambaNya?
siapa kita sebenarnya?

seharian terganggu mindaku,
memikirkan matlamat kehidupan yang sedang ku lalu,
sampai bila dan dimana perngakhiran yang akan berlaku,
adakah aku sememangnya hidup untuk dibelenggu kesibukan setiap waktu,
terikat dengan peraturan-peraturan disekelilingku,
tangan tidak henti bergerak menaip tugasan yang perlu dihantar dengan waktu yang dipersetuju.

ya Allah,
bilakah waktu ku ada untukMu,
ampuni aku dengan kesibukan yang sering melalaikanku,
dengan kejayaan yang terlalu ku buru,
dengan hadiah di pentas yang menjadi idamanku,
sering mencondongkan langkahku menuju anganku itu.

sedangkan apabila mati aku mengharapkan keredhaanMu,
aku ingin bahagia di alam baru,
sedangkan segalaNya milikMu,
bukan piala itu yang menyelamatkan aku,
bukan sijil-sijil itu yang membebaskan ku dari siksa belenggu.

aku mula bingung,
terlalu aku keliru.

segalanya terjawab dan aku mula memahami,
kehidupan dunia ini juga perlu ku lalui,
sebagai jambatan menuju akhirat yang kekal abadi,
dunia adalah tempat ku kutip segala amalan untuk ditimbang di neraca pengadilan,
niatkan segala perbuatan keranaNya,
makanya segala pekerjaan yang dilakukan menjadi ibadah.

sahabat yang tercantik.

apabila berkawan jadilah yang penyayang,
lemah lembutlah terhadap setiap perbuatan,
kerana temanmu bukan semuanya dapat bertahan,
dengan gurauan-gurauan,
yang agak kasar dan menyakitkan.
jangan menduga dia menerima dengan terbuka,
mungkin di hatinya tersimpan luka,
tapi disebabkan cintanya kepadamu yang membataskan kehendaknya disuara.

jadilah insan yang memahami,
gurauan dilafaz difikiri dengan teliti,
agar hati semua bisa harmoni,
persahabatn berjalan dengan keikhlasan yang mewarnai.

jadilah yang peka,
jika temanmu mula terasa,
jangan terlalu menyalahkannya,
mungkin dia sudah terlalu lama menanggung kecewa,
akibat perbuatan kita.

hulurkan kemaafan dengan senyuman,
tunjukkan bahawa dia teman yang kau sayang,

kita mungkin boleh keseorangan,
tapi bukan untuk setiap waktu,
ada ketika kita kan saling memerlukan,
kita kan mengharapkan teman-teman,
disamping menemani hidup diperjalanan.

hargailah setiap kawan yang kau ada,
kerana seramai-ramai di antara mereka,
kau tidak tahu siapa yang begitu berharga,
kau tidak sedar siapa yang mendoakanmu setiap ketika,

sebenarnya,
teman yang sering menasihatimu,
yang kau abaikan dan rimas dengan apa yang diungkapkan,
perihal aurat, perihal pergaulan, perihal perbualan,
tapi dia sebenarnya yang mencintaimu setulus doa,
dia sebenarnya yang ingin bersamamu selamanya,
ingin berteman sehingga ke syurga.

sahabat,
carilah sehabat yang sentiasa mengingatkanmu dengan amaran-amaran Allah,
yang selalu mengajakmu bermuhasabah,
mungkin dia bukanlah yang terbaik di antara sahabat yang kau punya,
tapi sekurang-kurangnya dia menarikmu untuk sama-sama berusaha menjadi hambaNya yang bertaqwa,

sekejam apa pun dunia,
dia turut sama menongkah arus derita,
menyeka air mata,
bukan menambah bebanan yang tersumbat di dada.

dia akan ada,
sahabat seperti itu sememangnya ada,
jika kau adalah sahabat yang seperti itu juga.

lindungi kami dari azab api neraka, Ya Allah.

suatu ketetapan yang pasti,
setiap kehidupan akan berakhir dengan mati,
kita akan memiliki sebuah rumah peribadi,
setelah itu sampai suatu keadaan yang pasti,
kita akan mendepani,
tempat yang kekal abadi,
pilihan kita cuma ada dua,
syurga yang penuh nikmat bahagia,
atau neraka tempat seburuk-buruknya yang penuh seksa.

tiada insan yang ingin ke neraka,
sejahat-jahat siapa pun dia,
pilihannya tentu syurga,
mana ada insan berakal memilih tempat yang penuh ngeri dan bencana.

NERAKA?
semua tahu apakah ia.
tempat yang didiam oleh manusia-manusia yang derhaka,
sewaktu hidup didunia mendustakan Tuhan yang Esa,
semua akan mengigil ketakutan membayangkan kehidupan didalamnya.

tapi apakah sebenarnya tempat itu?

pada hari kiamat yang pasti berlaku dengan nyata,
akan keluarlah leher neraka,
ia mempunya dua mata yang bisa melihat,
pandangan matanya jelas,
bisa saja dia melihat dari kejauhan,
manusia-manusia yang menghampirinya.
dan mempunyai dua telinga yang boleh mendengar,
memiliki lidah yang boleh berkata-kata.
yang akan mengelegak dengan penuh kemarahan,
manusia-manusia itu akan dicampak ke dalamnya dalam keadaan terbelenggu.

lidah yang bercakap itu berkata :
"sesungguhnya aku diwakilkan dengan tiga golongan manusia, tiga golongan itu ialah :
1) setiap orang yang takbur dan angkuh, seperti Firaun, Namrud, Umaiyah bin Khalaf, dan orang yang mengikuti jejak mereka.
2) Orang yang menyekutukan Allah dengan selainNya.
3) Tukang gambar iaitu orang yang menggambar dan melukis manusia dan haiwan dengan pena-pena mereka.

leher neraka ini akan mencabut hati manusia-manusia terutama tiga golongan yang diwakilkan dengannya oleh Allah.

wallahualam.

Wednesday, December 28, 2011

buat seorang sahabat yang terlalu ku sayang


kau pergi dan meninggalkan aku keseorangan,
mungkin kau menyangka aku kejam,
menyangka aku yang bersalah memburukkan keadaan,

tetapi jika kau ketahui sebetulnya apa yang sedang aku rasakan,
saat meninggalkanmu di belakang,
langkah ku kabur dengan menakung air mata yang mula berlinang,
ekor mataku tidak habis memandang.

aku menapak demi langkah,
terasa lemah dan goyah,
namun demi sebuah ketetapan,
yang tak mungkin kan terpadam,
aku tidak bisa berhenti berjalan,

ku teruskan langkah dengan payah,
terhambat segala impian yang tak sudah,
tercari pelangi-pelangi indah,
yang menghilangkan segala resah.

bukan sengaja ku mencoret semua ini,
tapi ingin memberimu pengertian yang pasti,
bahawa segala yang terjadi,
bukan kehendak hati ini,

jika aku dipersalahkan,
telah melukai dirimu dan harapan,
aku mohon agar aku dimaafkan,
cuma ku mohon kau dengarkan,
sesuatu yang ingin sangat aku ucapkan,
bahagialah wahai sahabat tersayang,
aku yang penuh kelemahan ini,
telah melukakanmu, wahai teman yang aku sayang,
sedangkan sebenarnya aku terlalu ingin menjadi sahabat yang sering mendamaikan resahmu,
sahabatnya yang menenangkan kebimbanganmu,
sahabat yang bersama di setiap peritmu,
sahabat yang sentiasa menadah telinga di setiap permasalahmu.
tetapi sebaliknya berlaku,
aku yang telah melukaimu,
dengan keadaan yang tidak pernah aku bayangkan,

harapanku sepertimu,
tetapi takdir menetapkan yang lain,
mungkin ada hikmat di setiap yang berlaku,
ku redhai,
ini adalah jalan yang perlu ku lalui.

salam pengabadian sebening harapan.

Kuatkanlah hati ini, Ya Allah.

Ya Allah,
Engkau lebih mengetahui,
hari semalam aku menangis kerana kesedihan,
aku kuatkan semangat mendepani kesulitan,
namun air mata ku gagal tertahan,

aku lemah mendepani ujian,
sedangkan Kau uji aku dengan sekecil ujian,
jika di bandingkan dengan orang-orang yang lain.

maafkan aku,Ya Allah.
kuatkan aku menjalani kehidupan ini,
sememangnya cintaku padaMu mengisi segenap ruang hati,
namun adakala hatiku terikut perasaan yang mengapi,
aku terlayan emosi sendiri.

ya Allah,
aku sedar perjuangan ini tidak mudah,
aku perlu kuat hati dan tabah,
kan ku kebalkan tapak kakiku di setiap langkah,
agar onak duri yang mencucuk tidak akan buat aku rebah,
kan ku sirami hatiku dengan hujan taqwa,
agar hati ini ialah hati yang subur dengan redha,
walau sekencang apa pun dugaan melanda,
tiada resah kan ada.
kan ku damaikan jiwa,
dengan doa-doa yang tidak pernah ku lupa,
kerana doa itu senjata,
membentengkan ku dari sebarang lara.

ya Allah,
aku tidak cukup kuat,
anugerahkan aku ketabahan dan keyakinan,
bahawa perjalanan yang berliku ini,
akan berakhir dengan indah.

setiap pengorbanan yang terlaksana,
Allah tidak akan persia,
biarlah manusia berkata apa,
hanya Dia yang mengetahui segala,

cukup bagiku Allah,
tak ku harap simpati pada manusia,
kerana kita adalah insan yang tidak berdaya,
apa yang melebihi jangkauan akal kita,
sudah tidak mampu kita teroka.

sedang Dia memiliki kekuasaan yang maha hebat maha perkasa,
ku berserah padaNya,
hidup matiku hanya untukNya.


"........segala puji bagi Allah yang telah menghilangkan duka cita dari kami "(Fathir: 34)

apakah sebuah kesepian itu bahagia?



pernahkah sepi datang dan mengusik ingatan kita dengan imbasan kenangan silam?
tatkala kita bersendiri tanpa ada yang meneman,
kita penuhi ingatan kita dengan impian-impian yang terlalu ingin kita sandang.
kita habiskan air mata kita mengingatkan segala peristiwa-peristiwa malang.
kita bunuh ketenangan kita dengan menggambarkan keindahan-keindahan yang telah hilang.

buangkanlah segala rasa yang membinasakan,
tatkala kau sakit dengan segala apa yang bermain di fikiran,
iblis dan syaitan akan membantu menjeratmu lebih jauh melayang.
maka pabila kau hanyut dalam tangisan,
bersoraklah musuhmu itu melihat kau hilang kawalan,
lebih parah lagi apabila hilang syukurmu kepada Tuhan.

sebenarnya,
rasa sepi yang Allah kurniakan itu adalah suatu masa yang istimewa,
waktu yang kita boleh habiskan dengan mengingatiNya,
kita renungkan segala nikmat yang Dia kurnia,
kita bersyukur dan memuji Dia yang telah memberikan kita segala.

saat semua berjauhan dan membiarkan mu keseorangan,
bukankah itu waktu terbaik untuk bertenang,
menghirup udara sedalam-dalam,
menghayati keindahan alunan zikir dan tasbih yang disebutkan,
dalam kecintaan kepada Allah yang kuat dan tak pernah padam,
semikan kasih sayangmu dengan bersembahyang,
diam dalam pengabadian,
mencari kedamaian bersama doa-doa yang dipanjatkan.
bukankah rasa sepi itu suatu keasyikan?

Ibnu Taimiyyah mengatakan
"Ketika aku dimasukkan ke dalam penjara, dan sesaat kemudian para pengawal mengunci pintunya, aku seperti mendengar firman Allah ".......lalu diadakan di antara mereka dinding yang mempunyai pintu. Di sebelah dalamnya ada rahmat dan di sebelah luarnya ada seksa.(Al-Hadid :13)"

Di dalam penjara itu, ia mengatakan :"apa yang boleh dilakukan oleh musuh-musuhku terhadapku? Syurga dan tamanku ada di dalam dadaku. Ke mana pun aku pergi, maka keduanya akan selalu bersamaku. Pembunuhku adalah syahid, pengusiranku dari negeri asalku adalah sebuah perlancongan, dan penjara bagiku ialah saat bersendirian".

Mereka berkata :'Apakah yang akan diperolehi orang yang telah kehilangan Allah dari dalam dirinya? Dan apakah yang harus dicari oleh orang yang telah menemukan Allah dalam dirinya? Antara yang pertama dan kedua, tiada persamaan selama-lamanya. Orang yang bersama Allah akan memperolehi segalanya, dan orang yang meninggalkan Allah akan kehilangan segalanya.


teman,
begitulah orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah,
mereka sentiasa bermuhasabah,
dan mengangap segalanya mudah,
mereka bukan insan yang mudah menyerah,
mereka berfikiran positif untuk setiap keadaan yang mereka singgah.

rasa sepi yang di alami di penjara,
bukanlah di anggap kesedihan semata,
malah mereka menjadikannya tempat yang bahagia,
iaitu tempat yang memberinya peluang untuk lebih mendekatiNya,
jesteru sepi yang ada terisi,
dengan munajat kepada Ilahi,
maka mereka sentiasa bahagia selagi punya Allah.
yang sentiasa ada menemani.


Tuesday, December 27, 2011

la tahzan dengan kegagalan.. ^___^

Gagal?

^_____________^

kenapa saya senyum?
sebab saya tak takut dengan kegagalan ...
APABILA saya dah berusaha,
APABILA saya dah berdoa,
APABILA saya dah bertawakal kepadaNya.

kerana,
saya percaya Allah mendengar doa-doa saya,
saya akui dengan nyata Allah maha mengetahui apa yang terbaik untuk saya.

mungkin kegagalan sangat menyakitkan,
terutamanya apabila kita meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk mencapainya,
dan tanpa terduga,
keputusannya tidak seperti yang dijangka.

mengapa sedih dan berdukacita?
sebenarnya kau bukan gagal untuk segalanya.
kemenanganmu sedang tertunda.
jangan lekas putus asa dengan kegagalan yang kau rasa,

bukan kegagalan itu yang akan meruntuhkanmu sepanjang perjalanan,
ia hanya suatu cubaan,
dalam sebuah pengharapan,
akan ada suatu ujian,
sejauh mana kita mampu mensyukuri nikmat Tuhan.

menyesal ke berdoa, berusaha dan bertawakal kepadaNYa?
jangan pernah ungkapkan sedemikian rupa,
kerana,
boleh jadi kegagalan ini yang akan menjadi motivasi untuk kau ke medan jaya.
Dia maha tahu apa yang terbaik untuk hambaNYa.
yakinlah ada kejayaan yang lebih besar menantimu dihari depan,
kegagalan hari ini hanya sebagai modal untuk meminjam masamu supaya kau lebih rela berusaha dengan penuh kegigihan,

tidak usah peduli dengan suara-suara sumbang yang mengata di belakang,
kita tidak melakukan apa-apa kesalahan,
biarlah mereka dengan ejekan dan hinaan,
kerana Allah menilaimu lebih tinggi apabila kau bentengkan diri dengan kesabaran.
apabila mereka mengejekmu dengan cercaan,
mereka sebenarnya merendahkan nikmat yang telah Allah berikan.
mereka lupa siapa sebenarnya yang mengatur kehidupan, kejayaan dan kegagalan.
mereka tidak sedar nikmat yang sedang mereka punya bila-bila masa boleh kembali kepadaNya semula jika Dia mengkehendakiNya,

mereka yang merendahkanmu ,
sebenarnya sedang membakar semangatmu,
tunjukkan kepada mereka bahawa kau sebenarnya mampu,
inilah titik untuk memulakan kembali perjuangan yang kian layu,
berterima kasihlah kepada yang orang mengatamu,
dia sebenarnya sedang menunjuk jalan buatmu,


~terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu, dan jadilah kamu termasuk orang-orang yang bersyukur (al-a'raf:144)

segala yang kau miliki,
adalah milikNYa,
jangan risau kerana Allah maha kaya,
ada kejayaan buatmu di hari muka.
teruskan berusaha jangan pernah berputus asa.



terima kasih,,^_^



sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..