BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Monday, December 5, 2011

Ops...awas PerGaUlanmU...


sebak menguasi pelusak hati,
melihat wajah-wajah indah itu,
melihat muslimah muslimin yang ku cintai,
berpegang tangan , bersentuhan tanpa ada sekelumit rasa bersalah.
ku lihat dunia ini kian punah,
nafsu bermaharaja lela tanpa batas,
manusia tidak lagi menghiraukan pesanan mak abah,
manusia tidak lagi berpegang pada alquran dan al sunah.

aku mula rasa aku jua tidak berguna,
punya mulut punya telinga,
ku mendengar dan melihat persekitaran sedemikian rupa,
namun beratnya mulut meluahkan rasa,
tidak bergunanya aku sebagai manusia,
cinta ku pada mereka,
tidak mampu membawa mereka keluar dari bergelumang dosa.

sesungguhnya aku malu,
kerana aku tidak terdaya menginagtkan mereka,
kepada azab di neraka,
kepada murkaNya,
maksiat yang terjadi di depan mata,
lemahnya iman di dalam dada,
sehingga ku hanya mampu senyap berdoa,
tidak terdaya bersuara,
mencegah kemungkaran dari terus berleluasa.

muslimin muslimat yang ku cintai,
jagalah pergaulan jangan sampai menebas iman,
kerana syaitan itu sedang menolakmu dari belakang,
menunggu masa untuk meruntuhkan,
iman anak cucu nabi Adam.
syaitan-syaitan itu tidak akan berhenti menyesatkan,
demi dendam lama yang teguh mendiam.


kita LuPa...bTapa berHarGanYa kiTa...




kenapa ya manusia seringkali lupa,
untuk bersyukur..untuk berterima kasih padaNya,
sering jua kita menghala mata menuju jauh keluar sana,
membanggakan kelebihan manusia lainnya,
dan menghina diri serta menyatakan diri sendiri tidak memiliki apa-apa.

adakah Allah itu zalim pada perkiraanNya?
sama sekali tidak...
Allah itu adil..maha Adil.
kita dibekalkan kelebihan untuk menjalani kehidupan dengan lebih baik,
kita jua ada kekurangan,
kerana kita manusia biasa,
ciptaanNya.
kita lemah dan tidak sempurna..
kekurangan yang ada pada kita akan dibantu dengan kelebihan yang ada pada lain manusia,
seperti jua kekurangan mereka,
mereka jua perlu mengharapkan kita.

janganlah kita mengubah apa yang telah Allah tetapkan untuk kita,
mengikut-ngikut mereka,
sehingga ada yang mengubah suara,
mengubah apa sahaja yang telah Allah anugerah buat kita..

kita sebenarnya lupa,
BETAPA BERHARGANYA KITA.
Allah yang maha kaya menjadikan kita semua tidak serupa,
hatta pada zaman-zaman sebelumnya,
atau pada masa yang akan berlaku sesudah kita,
kita tidak akan pernah sama dengan sesiapa pun,
anehkan?
namun, tiada yang mustahilnya bagi Allah swt.

dari itu,
jangan kita lupa,
BETAPA BERHARGANYA KITA.

~janganlah seseorang antara kalian menjadi orang yang tidak tetap pendirian~
sumber pujangga: buka La Tahzan!

Sunday, December 4, 2011

perihal insan bertaqwa..


pernah hati ini tersentuh dan merasa puas,
melihat mereka yang gagah membentuk bibir menjadi senyuman,
yang membahagiakan hati insan yang memandang,
sedang diri sendiri punya jutaan permasalahan,
yang tergalas berat di belakang,

pernah hati ini terkesima,
melihat insan yang penuh reda,
menjalani kehidupan dengan pelbagai cerca manusia,
yang memandang mereka hina,
hanya kerana kekurangan yang ada,
sedang mereka jua makhluk ciptaanNya.

aku kagum melihat insan yang kuat usaha,
mengorbankan jiwa dan sepenuh tenaga,
siang malam dalam pengabdian terhadapNya,
mencari sekuntum bahagia,
yang menanti di akhirat sana,
mereka tidak kisah tidak merasa segalanya di dunia,
kerana mereka yakini bahawa,
mereka tetap ada peluang untuk mendapat syurga dalam redhaNya.

hati ini tenang,
melihat wajah-wajah indah,
insan yang memiliki bibir yang tidak lekang menyebut Allah,
hatinya tiada rasa gundah,
jiwanya penuh pasrah,
matanya bersinar tiada duka yang menghias,
kelembutan tutur kata melunakkan jiwa yang keras,

ya Allah,
semoga aku bisa,
menjadi seperti mereka,
insan-insan kesayanganMu..
yang dihatinya penuh cinta,
terhadap Allah yang Esa...


Rasulullah s.a.w bersabda ~
" Sungguh menakjubkan urusan orang mukmin, semua urusannya mengandungi kebaikan baginya. Hal ini, tidak berlaku bagi seorang pun kecuali orang mukmin. Jika mendapat kegembiraan ia bersyukur, maka ini baik baginya, dan jika ditimpa musibah, ia bersabar, maka ini pun baik baginya"


bagiku, makna seorang sahabat itu ialah.............


kata orang kawan itu datang dan pergi,
apabila yang ada meninggalkan kita,
yang lain kan hadir dan memberikan kita gembira..

namun bagiku,
kawan itu tidak kan boleh ditukar gantinya,
kerana mereka semua berbeza,
bukan mudah memadam kenangan yang telah tercipta,
jalan kehidupan yang dilalui bersama,
menguntumkan pelbagai keindahan yang tersemat didada.

mana mungkin sahabatmu bisa ditukar ganti,
dengan insan lain yang berbeza budi,
walau masing-masing indah pekerti,
namun ada yang tak ada yang menjadi jurangnya dirasai,
bukan ku nafi,
insan-insan yang mendatangi sesudah yang pertama pergi,
mereka juga istimewa di hati,
kerana mereka jua sahabat yang sejati,
namun,
cerita-ceritanya tersendiri,
yang pasti tidak ku lupai,
sahabat-sahabat yang pernah ku miliki...
kenangan itu tetapkan bersemi menjadi sejarah paling ku cintai..

salam sayang,
untuk semua insan yang pernah setia bergelar teman,
kau tetap abadi tanpa pengganti.........

Saturday, December 3, 2011

SEBUAH PERJALANAN YANG MENDEBARKAN




insan-insan itu menangis sedu sedan meratapi sebuah kematian,
yang meragut sebuah kebahagiaan,
yang menghabiskan segala impian,
kematian itu datang sekelip mata sehingga tiada sempat untuk merencanakan apa-apa,
tangisan yang membasahi pipi tiada hentinya,
kenangan demi kenangan bermain di minda,
menambahkan hiba sang manusia,

DISAAT itu ...
mata menangisi pemergiannya,
DISUATU SAAT yang lain,
jiwa ini sendiri akan meninggalkan jasad yang dihuni sekian lama,
bersediakah kita mengembara ke alam lain yang hartanya adalah amalan kita di dunia?
pakaian, makanan dan pemandangan kita adalah segala kebaikan dan kejahatan kita,
mampukah kita menahan perit paluan malaikat penyoal di kubur?
tegarkah tubuh dimamah api neraka yang membaham tanpa belas ihsan?
sanggupkah hati menikmati kemurkaan Tuhan?

Ya Allah,
sesungguhnya aku insan berdosa,
alpa di dunia,
mengejar cinta manusia,
rapuh iman di dada,
aku manusia hina,
sering melupakan Allah Taala,
hati leka tiada dalam zikir terhadaNya,
fikiran melayang mengimpikan bahagia dunia semata,
sedangkan kehidupan akhirat sering aku lupa..
destinasiku mana, Ya Allah?
aku takut menempuhi kematian yang bakal mendatangiku sekejap lagi,

Ya Allah...
sadarkan aku!
T-T



saat hati disentuh cinta,
terasa di dada berombak bahagia,
senyuman tercipta setiap ketika,
menunggu saat dipersatukan dalam lafaz yang mulia,
lafaz sakinah menjadi impian sebagai mahar untuk bersama.

namun,
cinta yang datang bukan syarat untuk bersama,
adakala hadirnya sebagai ujian cuma,
hati mana tiada resah tiada kecewa,
apabila cinta pergi dengan terpaksa,
hati mana tiada duka,
bila impian terbina tiada kekalnya,

subhanallah, aku mencintainya..
dalam sujudku aku berdoa,
andai dia selayaknya bukan untukku,
mohon dia bahagia bersama insan yang lebih bermakna,
sesungguhnya,
bukan hakku untuk merampas pemilik jodohnya,
ku rela dia pergi bersama air mata,
bukan kerana tidak reda,
namun hati kecil ini tidak mampu berdusta..

wahai jiwa kepunyaanNya, jangan biar gundah mengisi, jangan sampai menepis segala iman yang mewarnai hati, sesungguhnya Allah itu maha melindungi, dilarikan hatimu dari terus mencintai, kerana hikmahnya yang tersembunyi...
mungkin cinta itu sekadar sebuah rasa di perhentian dunia, dipermainkan hati untuk seketika, andai terus terleka, hanyutmu tiada tepiannya..
Allah itu ada, hati2 yang mencintaiNya akan diberikan sedikit ujian sebagai tanda cintaNYa, menguji sejauh mana keikhlasan hati kita, adakah kita mencintaiNya terlafaz sekadar dibibir sahja? atau dibuktikan melalui pengorbanan yang didamba...
ku yakini, cintaku bernilai tinggi...kerana aku berserah pada keputusan ini hanya kerana Dia yang lebih utama~
ya Allah, hati ini ikhlas....aku mencintaiMU....



Tuesday, September 27, 2011

semoga kita bersma lagi di akhirat sana dalam redhaNya..


andainya kita terpisah dalam impian yang tak sudah,
seandainya kita tak mampu lagi bersua dan berbicara,
andainya takdir tidak menginginkan kita untuk bersama,
biarkan segala kenangan terpadam,
kerana mengingatinya hanya menjadi pelangi kelam,
kerana mengimbaunya hanya akan membentuk awan kelabu yang hitam,
tiada duka yang ingin aku tinggalkan,
yang terhasrat di dalam impian,
adalah sebaris senyuman mengiringi aku melangkah,

dalam kejauhan ini,
smua perkara adalah tidak terduga,
bila-bila masa,
tika sampai saat ketika.

aku akan selalu mendoakanmu,
aku harap aku selalu ada dalam doamu,
andai kata terhenti disini persahabatan ini,
biarlah bersambung kembali di sana nanti..

sama-sama lah kita menjaga diri,
sama-sama kita menjaga hati,
kuatkan diri menempuhi hari,
sentiasa diri dalam kecintaan Ilahi,

jangan terpedaya dengan godaan dunia,
yang hanya ingin mengheret kita ke derita,
yang hanya ingin mencederakan kita di sana,
mahukah kau, kita tak mampu bersama selamanya lagi sesudah ini..?

Allah....bawalah kami kepadaMU, dengan segenap cintaMu berada dalam hati kami...
Allah..buangkanlah dunia yang membelit hati ini...

Amin.

terima kasih,,^_^



sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..