BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Wednesday, March 16, 2011

guru oh guru


pbs baru-baru ni, saya dan kawan-kawan perlu buat persembahan untuk majlis persaraan guru PK KO sekolah. kami memilih untuk membuat satu persembahan yang menggabungkan monolog( efa ezetty, firdaus ainun, dan nazirul mubin), sajak( asma rusnie, wan zainora, muhammad naim) dan juga nyanyian (cikgu fhahmie)..

alhamdulillah, persembahan berjalanan dengan lancar. kami memilih lagu "Biarku menjadi lilin"... pertama kali, sy dgr lagu nie, sy terkesan di dlm hati. btapa besarnya tgas seorg guru..kita bukan nak lahirkan robot, reka bangunan ...tp, kita nk membina seorg manusia yg berilmu....untuk dunia dan akhirat...

saya penuh dengan kekurangan, saya tfikir jg bgaimana ingn mbentuk seseorg jika sy sndri x semprna...namun, sy akn cb lakukan yg tbaik...ktidak smpurnaan ini bkn alsan..bknkah kita dibekalkan dgn kelebihan masing2...rezeki ditgn Allah...Allah tlh mtakdir sy brada di jln ini, jdi sy pcaya akn ptolonganNya..inshaAllah..

buat cikgu-cikgu...
tadika taski abim tarbiyah islamiyah chabang empat, 1995/96
sekolah kebangsaan chabang empat,1997/2002
pusat tusyen chbg 4,1998/2002
maahad muhammadi perempuan pasir pekan 2003/2005
pusat tusyen kami, KB 2004/2007
pusat tusyen dinamis 2006
maahad muhammadi tumpat 2006/2008
IPTAA 2008/20xx







ribuan trima ksih buat kalian, sgala jasa dan pengorbanan yg tlh dicurahkan kan ttp sy kng...
trima kasih untuk ilmu yg tlh diajarkan..
sayang cikgu2....


Pelangi

Biar Ku Menjadi Lilin

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

~ tq kawan2 di atas kerjasama yg sgt baik.....terbaikkkk.......~ ^_^

No comments:

Post a Comment

terima kasih,,^_^



sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..