hari demi hari yang terjadi dalam kehidupan,
seringkali terfikir saat kembali kepada Pencipta diri ini,
saat nadi akan terhenti,
saat nafas akan meninggalkan pergi,
Pulang kembali ke alam yang kekal abadi.
Hakikat kematian pasti akan ditemui,
dalam senda gurau tawa ini,
tanpa disedari,
ada kematian yang mengintai..
sungguh semua insan sedari bahawa detiknya mendekat,
tapi kita sering melekakan waktu yang kian menghambat,
kita cintakan dunia melebihi akhirat,
kita pegang dunia dengan penuh erat..
padahal kita akan meninggalkannya,
tidak dibawa dunia bersama ke alam sana,
kecuali amalan yang telah dibina,
semasa hidup di dunia.
melihat tanah-tanah perkuburan yang terletak di hujung kampung
atau di tengah bandar raya,
hati tertanya bilakah aku akan dijemput seperti mereka,
amalku bagaimana..
cukupkah untuk dibawa ke pengadilanNya?
sakit sakaratulmaut bagaimana?
kentalkah amalanku untuk meredakan kesakitannya?
hari ke hari,
masa semakin menghampiri,
tetapi tetap jua terkadang jiwa leka menghambat duniawi.
Ya Allah,
ujian dan godaan sering merayu,
balutlah hatiku agar tidak mudah koyak dan calar dalam menempuh pancaroba,
kuatkanlah kami, Ya Allah.
semuanya kerana Allah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment