BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Saturday, February 26, 2011

mulut boleh melafaz, tp hati cepat berubah....

dari kejauhan ini,
jarak mengukur hati,
dalam usia masa,
menguji tentang rasa.
ramai mengaku setia,
bila teruji baru terbongkar rahsia,
saat ini dan masa depan berbeza,
hati manusia tak dapat diteka.
manusia mudah berkata,
senang mengukir bicara,
namun tidak semua ungkapan diterima,
ada juga untaian indah berbaur dusta,
tidak slah meletak percaya,
jangan pula sepenuh jiwa,
simpan sedikit untuk curiga,
skdr beringat sebelum terkena..

~~ manusia biasa sering melakukan kesilapan, malah mngulanginya berkali-kali, wlau tekad dihati ingin mcari dri...ssguhnya kita tidak smpurna, namun kita msh boleh berusaha untk jdi yg terbaik, untuk lakukan yg tbaik dlm khidupan nie..skrg2nya, kita mmpu mjdikan hari2 suram bertukar indh...kita perlu tanamkan di hati...kbhgiaan bukan hnya untk diri, tp untuk semua org di sekeliling...brulah kita sedar, antara hati kita dan hati mereka, keduanya perlu di jaga...

~~Allah maha penyayang, hanya padaNya tmpat ku sndarkan harapan, hanya Dia tempat ku mngadu...Allahuakhbar..aku ingin penuhkan 1 rindu dihatiku iaitu rindukan cintaMu..

Sunday, January 30, 2011

sy syg kawan2 sy...
sy syg sgt2...

sahabat,
kalian penyeri khidupanku,
terlalu banyak suka duka yg kita kgsikan bersama,
wlau ku selami lautan bagi mdapatkan mutiara,
ianya x kan ternilai,
untk dibandingkan dengan kbhgiaanku apabila memiliki kalian,

sahabtku,
kalian bersamaku dalam susah senang,
bersyukur aku dgn anugerah yg Allah kurniakan,
smga Allah merapatkan ukhuwah antara kita,
smga tiada perpecahan atau perbalahan,
smga kita ttp shati dan sejiwa...
aku sayanggg kalian!!!

entah mengapa...

hdup ini bersulam tangis tawa,
terlalu byak cerita,
yg terukir mghiasi langkah kaki ini,
di antara kisah itu terdapat kisah persahabatan aku dan mereka,
namun,
ade sesuatu yg melekat di dasar hati ini,
kngan itu berlari menerjah ruang mindaku,
persahabtan aku dan dia,
memori itu sering hadir bertamu,
sungguh aku x suka prasaan ini,
namun mbenci bukan caraku,
krana wlau kamu da pergi,
berlalu dan x ingin berpaling lagi,
kamu ttp sebahagian knagnku...
masih aku smpan kata2 mu...
"friendship 4ever"
biarpun kini kian berhabuk ditelan masa,
aku tdak akn mbuangnya,
biarkan ia reput sndri dimamah debu,
menyayangi kawan sepertimu suatu kesalahan dalam hitunganku,
sebenarnya bukan begitu,
bekalan pengalaman yg kau bkalkan,
sgt berharga x mgkin kan ternilai,
garisan ini ku jdikan pngjaran dalam meniti khidupanku,
melihat kamu gmbira disana sdh ckup mbhgiakan aku,
ku doa kau berbahgia dalam khidupanmu,
doaku,
untuk kamu, kawan aku......



Saturday, January 29, 2011

sungguh aku rindu...

bilamana ku teringat kisah dulu,
aku jadi rindu,
rindu alam kanak-kanak yang penuh ketawa,
rindukan alam persekolahan..
bsama kwn dlm satu pngajian mcari identiti diri,
mcari arah yg nk di lalui,
sungguh aku rindu,
tp, sdalam mana rinduku,
aku x kan mmpu kmbali ke situ,
pjalanan ini perlu aku teruskan,
aku smkin mngkat dewasa,
kisah dulu hnya tnggal sebuah memori,
kngan yang x mgkin akan terpadam,
dri lipatan sjarah hdupku,
bsama kalian mgenal suka dan air mata,


sungguh aku rindu,
pada semua knganku,
seakan bru smlam aku mlagkah pergi mnggalkan cerita lalu,
padahal saat yang berlalu mrupakan perkara yg plg jauh,
yg x mgkn dapat aku kjar,
sekeras mana pum larian ku,
xkan aku capai...
realitinya,
aku brada di detik ini,
di wktu ini,
sdg aku mrndui jam lalu,
aku x boley lupa,
aku semakin mbesar,
bersyukr kurniaan Allah yang mbrikan aku pluang smpai ke usia ini,
akan aku kjri cita-citaku yg mjdi harapan org tuaku,
smkin aku dewasa, aku smkin mngenali dunia....
smkin aku dewasa, smkin aku fham erti hidup..
lgkah ini smkin laju,
bkn ingin cpt mnggalkan saat ini,
bkn lupe pda rinduku tntg ms lalu,
tp, krna aku ingin cpat mcapai citaku..
harapan org tua ku ade di bahuku..
Ya Allah, smga kami sntiasa slamat dlam perjalanan kami meniti kehidupan ini..Amin..


Friday, January 28, 2011

duhai remaja


Cinta,

Sebuah ungkapan,tulisan atau perkataan?

Lima huruf itu bisa membuatkan sebuah kebahagiaan,

Yang hidup didalam hati insan,

Menyemai kasih sayang,

Melengkapkan sebuah kehidupan,

Namun ,

Manusia selalu membuat kesilapan,

Luhurnya cinta tercemar kerana kejahilan,

Lantas membutakan mata yang terang,

Dilemaskan dalam lumpur yang kontang,

Cinta yang sedemikian bisa membuat dunia tenggelam,

Mencelupkan diri dalam kancah kemaksiatan,

sedarlah pemuda pemudi harapan,

drimu bakal pemimpin ms depan,

ms remajamu bekal untuk mbina kkuatan,

jgn msnahkan dgn noda yg membinasakan..

Friday, January 21, 2011

diet oh diet

kalu sebut sal diet, mesti sinonim ngan perempuan, kan...he...tp, btul ke diet yang di ambil tu bnar2 berkesan? benar ke diet yg di buat tu menyihatkan....disini sy paparkan diet yang sesuai dengan jenis darah seseorang...sy jumpa mklumat nie di web http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=177...

semoga info nie bley dujadikan rujukan untuk smua bgi mdaptkan kesan yg di harapkan...
^_^..

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘A’

Dr. Peter J.D´Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit. Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain. Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan.

Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas. Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya. Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.

Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang tanah.

Ciri khas individu jenis darah A:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
• Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
• Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
• Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam : Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘B’

Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel. Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.

Ciri khas golongan darah B:

• Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
• Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
• Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
• Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.

Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.

Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam : Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘AB’

Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B. Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan. Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses. Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit. Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:

• Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
• Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
• Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek : Yogurt
Makan Tengahari : Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam : Omelet dan salad buah serta kopi

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D´Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.

Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu. Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat. Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D´Adamo ataupun tidak.

terima kasih,,^_^



sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..