BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Wednesday, December 7, 2011

berdosakah air mata ini,...

aku faham,
jika kau katakan saat ini kau sedih dengan apa yang alami,
sedih itu lumrah insan,
bila bintang yang diimpi,
jauh mendada di langit tinggi,
tidak terjankau tangan yang kecil,
untuk memetiknya.

aku mengerti,
jika kau suarakan kesedihan,
jika kau kehilangan,
insan tersayang,
kerana kau pastikan terbayang segala kenangan,
saat bersama mencipta senyuman,
masa-masa kesedihan yang diberi bahu pinjam,
kau pasti merindukan,
namun,
air sungai mana kan mengalir tanpa sekatan,
dan muaranya kan terdampar daratan,
yang menghentikan aliran.

aku mengerti segalanya,
dan aku tidakkan pernah menyalahkan insan yang merasa,
sememangnya kita manusia,
kan selalu terlena dan terjaga,
kerana kita tidak akan pernah sunyi dari dugaan yang menerpa,
bukanlah hidup ini penuh dengan warna.

jalanilah takdir dengan jiwa yang teguh,
kerana hati-hati yang rapuh,
mudah untuk runtuh,
jangan biarkan kesedihan yang membelenggu,
mematikan jasad yang masih hidup,
lalu menguburkan semangatmu.

salam perjuangan menempuh ujian.
kita sebaris di medan perang,
semoga terus maju memartabatkan iman~~
jihad!! Allahuakhbar.


No comments:

Post a Comment

terima kasih,,^_^



sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..