BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

semuanya kerana Allah

Friday, June 8, 2012

hari demi hari yang terjadi dalam kehidupan,
seringkali terfikir saat kembali kepada Pencipta diri ini,
saat nadi akan terhenti,
saat nafas akan meninggalkan pergi,
Pulang kembali ke alam yang kekal abadi.

Hakikat kematian pasti akan ditemui,
dalam senda gurau tawa ini,
tanpa disedari,
ada kematian yang mengintai..

sungguh semua insan sedari bahawa detiknya mendekat,
tapi kita sering melekakan waktu yang kian menghambat,
kita cintakan dunia melebihi akhirat,
kita pegang dunia dengan penuh erat..

padahal kita akan meninggalkannya,
tidak dibawa dunia bersama ke alam sana,
kecuali amalan yang telah dibina,
semasa hidup di dunia.

melihat tanah-tanah perkuburan yang terletak di hujung kampung
atau di tengah bandar raya,
hati tertanya bilakah aku akan dijemput seperti mereka,
amalku bagaimana..
cukupkah untuk dibawa ke pengadilanNya?
sakit sakaratulmaut bagaimana?
kentalkah amalanku untuk meredakan kesakitannya?

hari ke hari,
masa semakin menghampiri,
tetapi tetap jua terkadang jiwa leka menghambat duniawi.

Ya Allah,
ujian dan godaan sering merayu,
balutlah hatiku agar tidak mudah koyak dan calar dalam menempuh pancaroba,
kuatkanlah kami, Ya Allah.

Saturday, June 2, 2012

Impian yang telah tertanam sejak lama,
dipupuk dijaga,
adakala hancur secebis dimamah serangga,
adakala hanyut sebentar dihilir air yang membanjir,
Impian itu merekah,
adakala ia punah.

Tapi,kita tetap mencintainya,
langsung tidak mengukir impian lain buat jiwa,
dalam penat lelah mencuba,
kita tidak putus berusaha,
tidak kenal apa itu putus asa,
begitulah cara kita mencintai impian kita.

Tapi,
persiapkan minda,
kita tahu ada Dia yang maha berkuasa,
sehebat mana pun kita merencana,
Kita tidak akan mampu tanpa izinNya,
sayang sehebat apa pun kepada apa-apa,
kita tetap akan kehilangannya,
kerana segala apa yang ada di dunia adalah bersifat fana.

Dia telah menentukan takdir buat kita,
Sedar atau tidak bahawa takdir itu telah tertulis sejak lama,
Dia maha mengetahui apa yang terbaik buat hambaNya,
Jika kau kecewa,
bukan bererti segalanya sia-sia,
ada sesuatu disebalik setiap perkara,
dan
Dia maha melindungi hambaNya yang selalu berdoa.

Reda.....berserah...
Bukan mudah.
Tapi, 
itulah tanda kita akur dengan hakikat bahawa...

KITA ADALAH SEBAHAGIAN DARI HAMBANYA YANG SEDANG DIUJI...

Ya Allah,
seberat apa pun yang kami alami,
kami tahu Kau selalu disisi...
mendengar doa dan menyelamatkan kami...
terima kasih, Ya Allah.. 

terima kasih,,^_^



sembahyanglah sebelum kita disembahyangkan..

assalamualaikum..